top of page
85050352_107264677515692_487537057058311

True Stlye Never Die

justin_bieber_love_yourselfArtist Name
00:00 / 04:32

KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DI VINTAGE BUNDLE AND SPORTSHOES ???

  • Pakaian yang kami jual merupakan pakaian berkualiti yang telah dipilih dengan condition yang baik iaitu pada kadar 7,8,9/10. Dengan kata mudahnya iaitu selected item. Pakaian yang dijual adalah semestinya mempunyai Brand/jenama yang limited edition seperti The Joker, One Piece, Adidas Jepun, Hawaii, Mickey, Minnie, Lacoste USA, dan banyak lagi. Stok yang kami ada semestinya barang selected item yang diimport daripada Jepun, UK dan Thailand. Postage percuma HANYA KEPADA pembeli yang membuat pembelian melebihi RM 50.

  • Untuk kasut bundle, stok jualan pula semestinya hanya stok yang berjenama sahaja yang kami jual seperti Nike, Adidas, Puma, Vans dan lain-lain lagi. Tambahan lagi, ada juga beberapa pasang kasut kulit berjenama yang turut dijual dengan harga yang tak masuk akal seperti jenama  Tomaz, Lacoste, ESOF, dan beberapa jenama lain lagi. Bagi pelanggan yang berada berdekatan dengan kawasan kami, perkhidmatan COD adalah percuma.

  • ​Kasut bola sepak copy ori, Kasut Futsal, Kasut jogging juga ada pada kedai kami bossss...Budget sedikit?? kita deal sampai jadi. Nike, Adidas, Puma, Kelme, Joma ??semua kami carii...Untuk siapa???untuk anda customer kami. Gaji tak masuk lagi?? letak deposit lain hari bayar lagi. Kita deal sampai anda puas hati .

Sejarah Bundle

Bundle Atau Pakaian Bundle Ini Adalah Pakaian/kasut Yang Terpakai. Bundle Punya Kuantiti Untuk Salah Satu Barangan, Sangat Terhad.Barang 'Rare'. 
Kebanyakan Bundle Diimport Dari Negara Luar Macam UK, US, Korea, Jepun Dan Lain Lain.Pakaian-pakaian dan kasut-kasut Ini Akan Dikumpulkan Dan Dibungkus Dalam Guni. Ini Yang Dipanggil BUNDLE. Guni-guni Bundle Ini Kemudian Akan Dijual Kepada Pembekal Secara Pukal. Guni Ni Kami Buka Dan Check Pakaian Sehelai Demi Sehelai. Kadang-kadang Dapat Stok Yang Sangat Rare, Payah Nak Dapat Kat Pasaran. 

Tapi Apa Yang COOL Tentang Pakaian Bundle Ni Adalah Pakaian Yang Berkualiti Tinggi Terutama Pakaian Yang Diimport Dari US. Kualiti Kain Dan Printing Memang Bagus. Jenama-jenama Besar Seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson Memang Menjadi Pilihan Peminat-peminat Bundle ni. Belum Masuk Lagi Kasut Berjenama seperti Nike,Adidas ,Puma,Timberland ,kasut kulit dan lain-lain. 


Pakaian Bundle Ni Kotor? Semua Pakaian Yang Dibungkus Dalam Setiap Bundle Yang Diimport Telah Diletakkan Sabun Untuk Membunuh Kuman Dan Mengelakkan Penyakit. Sebab Itu Kalau Kita Pergi Ke Kedai-kedai Bundle, Kita Boleh Cium Satu Bau Yang Sama Je. Ini La Bau Yang Orang Panggil "Bau Bundle".

Sejarah Adidas

Sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini dimulai pada tahun 1920 oleh Adi (Adolf) Dassler di kawasan cuci milik Ibunya. Waktu itu Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan.Pada tahun 1924, Adi Dassler dan saudaranya Rudolf Dassler mendirikan "Dassler Brothers OGH". 

Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama kasut 'Puma' sedangkan Adi membuat jenama 'Adidas.' Pengambilan nama Adidas berasal dari nama Adi Dassler dengan menggabungkan nama depan Adi dan satu suku kata nama belakang Dassler iaitu 'das' sehingga menjadi kata 'Adidas'.

Disokong oleh kemajuan bidang penyiaran dan pertelevisian, adidas menikmati keuntungan dari acara sukan seperti Sukan Olimpik atau bola sepak, kerana logo 3 stripes mereka mudah dikenali dari jauh. Ia pun mendafarkan logo 3 stripes sebagai trademark dari adidas. 3 stripes yang diciptakan agar kaki stabil, namun akhirnya menjadi logo.
Penggunaan logo Adidas sendiri baru dipergunakan pada sekitar tahun 1948, pada ketika dua bersaudara Dassler tersebut berpisah.

 

© 2023 by T-MARKET. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Instagram
bottom of page